Belajar Main Skateboard

Ingat sik kitak urang dengan cerita Back To The Future? Mesti kitak urang ingat juak scene macam ne McFly molah skateboard dari troli barang pakey lari dari pak saok cerita ya nak?

Yalah antara contoh mudah untuk menceritakan tentang permainan skateboarding yang kinek tok dah diikhtiraf jadi sukan professional, kategori Extreme Sport.

Di Kuching, udah dibukak sigek ‘sekolah’ pakey anak-anak yang berminat main skateboard tok untuk belajar teknik yang betol dalam main skateboard tok.

Kerana minat dengan ingin meneruskan legasi sukan skateboard tok di kalangan anak-anak mudak kinek tok, duak orang lamak skaters Sarawak kita tok telah joint forces untuk mukak “School of Skateboarding ” pakey nemiak kinek tok mengasah bakat dalam sukan skateboard.IMG-20170801-WA0010

Ditubuhkan lebih setaun yang dolok, School of Skateboarding di lead oleh duak orang ‘prinsipal’ yang merupakan urg lamak skateboard Sarawak- Denny ZFK & Zulkarnien Poasa yang merasakan ilmu tok perlu diturunkan ke generasi baru sak sidak tok kira sik terbiar dan dapat ngembak sidak ke level yang sepatutnya.

IMG-20170801-WA0008
Zulkarnien (kiri) ketika Tour Skate Community di Sibu baru-baru tok.

SOS dah pun start enrolled nemiak pakey course skateboard secara part time & full time. dan program SOS tok diikhtiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan & Sarawak Extereme Sport Association. pendek kata, produknya laku lah. bukan main-main.

Kira sapa berminat, bolehlah berhubung dengan sidak melalui page facebook.com sidak, search jak “School of Skateboarding KCH” pakey kitak urang yang ingin maok tauk secara detail macam ne nak masok, nak joint ka, apa-apa jaklah.

Selain ya, mun maok berterus terang benar-benar pun boleh juak. Datang jak ke Homer Skateshop di Plaza Merdeka sekiranya ingin nak dapat maklumat lanjut. di sia kelak bukan sekadar mendaftar, dpt juak kitak urg meli keperluan skateboard kita orang sekira nak masok belajar.

IMG-20170801-WA0011
Denny ZFK ngeshow apa akan dapat dipolah mun kitak org joint SOS

Sekira berminat nak nanggar macam ne sidak tok training boleh la juak terus ke Skatepark Civic Center ataupun di Canard Skatespot. hari-hari ada. 4pm-6pm & pagi sabtu & minggu.

Diharap initiatif macam tok dapat narit lebih rami generasi baru untuk involved dalam aktiviti sihat disamping dapat juak menepis persepsi negatif masyarakat terhadap sukan macam tok. Apa-apapun Thumbs up atas usaha & all the best skateboarders Sarawak!

Gambar kredit to Denny.

IMG-20170801-WA0007
School of Skateboarding KCH di Civic Skatepark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *